WALAUPUN berstatus juara bertahan, ia bukan alasan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melakukan persiapan rapi menjelang musim baharu saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2025 yang akan bermula pada 8 Mac nanti.
JDT musim ini akan menerima tentangan daripada tujuh pasukan iaitu Selangor, Pahang Rangers, Sabah, Kuala Lumpur (KL) City, Tot United serta dua pasukan dari divisyen 2 lalu iaitu Kedah dan Malaysian University FC (MUFT).
Setakat ini, skuad Harimau Selatan sudah mengesahkan kehadiran bekas pemain Selangor iaitu Syed Aizat Daniel ke kem JDT dan mengumumkan perpisahan bersama pemain posisi tengah atau Ala, Yazid Kamaruzuan pada Januari lepas.






