PENYERANG import Suphanburi FC, Oege-Sietse van Lingen terselamat daripada menjadi mangsa renjatan elektrik pada 15 Februari lalu.
Media tempatan, To Doo Ball Thai melaporkan penyerang berusia 26 tahun itu mengalami renjatan elektrik semasa ditemu bual media selepas terpilih sebagai ‘Man of the match’ dalam aksi menentang Pattaya United.
Situasi itu menyebabkan bekas penyerang Katwijk diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital.




