KETIKA namanya kembali menyinar di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), kehidupan peribadi penyanyi Zehra Zambri turut mula menjadi perhatian peminat.
Dalam kesibukan bertanding di musim ke-11 program itu, timbul pula dakwaan perkahwinannya dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, dilanda badai apabila suaminya memadam foto mereka bersama di Instagram.
Zehra, 38, bagaimanapun menjelaskan suaminya tidak memadam foto tersebut sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum.







