PELAKON Johan As’ari juga berdepan dengan situasi tidak menerima sebarang tawaran kerja walaupun sudah berpengalaman 15 tahun sebagai anak seni.
Johan atau Johan Ariff As’ari, 39, berkata, keadaan itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berjuang kerana sedar ia situasi biasa terpaksa dilalui oleh mana-mana pelakon.
Malah Johan mengambil peluang itu dengan memanfaatkan penggunaan media sosial sebagai cara meneruskan kelangsungan hidup.

Johan yakin rezeki dalam dunia seni akan berterusan.






