DALAM usia muda, penyanyi Zaki Yamani meluahkan rasa bangga apabila berjaya memiliki sebuah kereta jenis Mercedes-Benz AMG A Class hasil titik peluh sendiri.
Bagaimanapun bagi Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, ia bukanlah alasan untuk mendabik dada sebaliknya ia ada tanggungjawab lebih besar menantinya.
“Semestinya saya gembira dan bangga dengan diri sendiri kerana dapat beli kereta ini. Tapi kena fikir juga tanggungjawab lebih besar selepas ini, perlulah kerja keras lagi.

Miliki kereta idaman adalah satu pencapaian buat Zaki.






