DALAM memperkukuhkan barisan tengah pasukan, Selangor FC membawa masuk pemain tengah tinggi lampai, Nikola Jambor pada jendela perpindahan kedua Liga Super 2024/25.
Keputusan itu pada awalnya menimbulkan persoalan kerana bagi penyokong, jentera serangan perlu diperbaiki terlebih dahulu memandangkan pulangan Ronnie Fernandez tidak memuaskan.
Namun, selepas menyaksikan kebolehan Jambor untuk kira-kira lima bulan, pengikut Gergasi Merah mula berasa tertarik akan kebolehannya sebagai pemain tengah bertahan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Di bawah kendalian Katsuhito Kinoshi, pemain berusia 29 tahun itu kerap digandingkan dengan Mukhairi Ajmal, Nooa Laine dan Yohandry Orozco dengan kecederaan kepada pemain Jordan, Noor al Rawabdeh memberikannya pulang untuk turun.
Tetapi, sekiranya kesemua bintang di posisi tengah Selangor FC kembali cergas, terdapat kemungkinan khidmat Jambor masih akan ditagih meskipun dia sendiri tidak tahu akan masa depannya bersama kelab itu.
Dalam pada itu, bekas pemain Rio Ave FC di Liga Portugal terbabit menjelaskan keputusannya untuk menyertai skuad Gergasi Merah dibuat selepas dia menghubungi rakan senegara yang beraksi dalam Liga Super.
“Sebelum saya hadir ke Selangor saya tidak mengetahui terlalu banyak mengenai kelab ini dan mula bertanya rakan saya yang beraksi di liga ini, serta jurulatih dan mereka semua maklumkan kepada saya bahawa Selangor adalah pasukan yang besar di Malaysia dengan sejarah dan dalam keadaan yang baik.
“Setelah tiga bulan di Selangor saya dapat mengesahkan apa yang mereka katakan benar. Saya bersyukur beraksi buat kelab ini,” katanya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram






