Sukan

‘Kapten Marvel’ antara 6 pemain ex Liga M di SCL 2024 boleh bantu KRW FC gegar Liga A1 Semi-Pro

KELANTAN Red Warriors FC (KRW FC) dalam misi penting untuk mengembalikan bola sepak di negeri itu selepas terkuburnya TRW Kelantan FC susulan isu tunggakan gaji yang memaksa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menarik lesen penyertaan kelab dimiliki oleh Norizam Tukiman musim ini.

Pihak pengurusan KRW FC yang diketuai oleh Nik Hafiz Naim Nik Hasan kini sedang giat menjalani pemilihan pemain-pemain baharu di beberapa sekitar daerah Kelantan selepas melantik Irfan Bakti Abu Salim sebagai pengendali sulung pasukan itu.

KRW FC juga dalam persiapan untuk membina skuad yang lebih ampuh selepas Nik Hafiz memberitahu pasukannya bakal beraksi di Liga A1 Semi-Pro bermula musim depan selepas permohonan penyertaan kini sedang diteliti oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh