WALAUPUN tubuhnya kecil namun penyanyi Bella Astillah menyentuh hati orang ramai apabila dilihat mendukung adik perempuannya ketika menuruni Gunung Kinabalu di Sabah.
Cerita Didi Astillah, 29, ketika itu dia mengalami keletihan apabila terpaksa melalui perjalanan sukar sebelum Bella menawarkan diri mendukungnya.
Pada awalnya kata Didi, dia dipujuk meneruskan perjalanan namun disebabkan sudah tidak mampu Bella mendukungnya dan mereka meneruskan perjalanan pulang.

Didi menangis kerana keletihan memanjat gunung.






