BERKONGSI kisah di awal kemunculannya dalam bidang seni, Nazim Othman pernah diminta mencari pekerjaan lain kerana tidak berbakat sebagai pelakon.
Kata Nazim atau Nushrul Alif Othman, 41, teguran memalukan itu dibuat seorang pelakon senior di hadapan kru produksi.
Nazim bagaimanapun mengambil teguran itu sebagai satu cabaran dalam membuktikan dia boleh menjadi seorang aktor yang baik.

Nazim pernah ditegur pelakon senior kerana dianggap tidak pandai berlakon.




