NEGERI Sembilan FC akan melayan kunjungan Sabah FC dalam aksi ke-19 Liga Super 2024 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.
Dalam aksi yang berlangsung di Paroi itu, pastinya akan menyajikan penyokong tanah air dengan pertembungan menarik antara kedua-dua pasukan tersebut.
Manakan tidak, pasukan yang kini dibimbing oleh K. Nanthakumar mengejutkan penyokong skuad Jang apabila berhasil menewaskan Sri Pahang FC 2-1 saingan Liga Super pada Jumaat lalu.









