PROGRAM komedi berdiri DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam Sabtu dibatalkan.
DFP menerusi kenyataan kepada media pada petang Jumaat memohon maaf atas kesulitan namun tidak mendedahkan punca program itu dibatalkan.
“Pihak pengurusan DFP dengan dukacita mengumumkan pembatalan rancangan komedi oleh Harith Iskander, di bawah siri DFP Punchline yang dijadualkan esok.

Pihak DFP tidak mendedahkan punca sebenar program komedi Harith dibatalkan.





