PASUKAN gergasi Sepanyol, Real Madrid dinasihatkan untuk menandatangani pemain kedua Liverpool ketika mereka merancang ingin membawa bintang England, Trent Alexander-Arnold ke Bernabeu.
Alexander-Arnold dijangka akan berpindah ke ibu kota Sepanyol, Madrid pada musim panas ini setelah muncul sebagai sasaran utama perpindahan skuad Los Blancos bagi bagi memperkuatkan jentera pertahanan.
Pemain berusia 26 tahun itu telah menghabiskan seluruh kariernya di Anfield, membuat lebih 300 penampilan untuk kelab kelahirannya dan membantu mereka memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).








