PELANCARAN jersi baharu Harimau Malaya pada Khamis disambut baik oleh penyokong bola sepak domestik lagi-lagi ia akan menjadi simbolik kepada permulaan baharu untuk revolusi Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski.
Jersi baharu skuad kebangsaan Malaysia itu menampilkan teknologi Ultraweave revolusioner Puma dan direka bentuk untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti serta ketahanan bagi membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi.
Jika bercakap mengenai rekaan kit baharu Harimau Malaya itu, jersi rasmi ‘home’ dan ‘away’ rasmi skuad kebangsaan itu direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam.





