Sukan

Petanda Man United akan karam makin jelas di sebalik baju pemanas badan Amad Diallo

SATU hantaran yang dikongsikan oleh kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United di laman X mencetuskan kritikan daripada penyokong kelab tersebut.

Hal ini kerana, ketika kelab tersebut memuat naik gambar tonggak utama mereka, Amad Diallo di pusat latihan Carrington, para penyokong dengan pantas menyedari bahawa logo Manchester United pada baju pemanas badan yang dipakai oleh pemain sayap itu tercetak terbalik.

Meskipun Man United segera memberi penjelasan bahawa ia hanya satu kesilapan cetakan oleh Adidas, insiden itu tidak dapat disembunyikan sebagai satu lagi petanda keadaan kelab yang semakin merosot.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.