TERENGGANU FC (TFC) terpaksa ‘bermandi peluh’ sebelum menewaskan wakil kelab Indonesia, PSM Makassar FC 1-0 dalam saingan Piala Shopee di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada Rabu.
Pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu berdepan cabaran sukar kerana wakil kelab Indonesia itu belum tewas dalam tiga perlawanan Kumpulan A sebelum ini.
Begitupun, kapten Sang Penyu, Safawi Rasid muncul watak penting buat Sang Penyu selepas jaringannya memastikan TFC meraih tiga mata berharga sebelum bertandang ke tempat lawan menentang kelab Thailand, BG Pathum United pada 5 Februari nanti.






