Sukan

Sudah lama tak kelihatan, penyerang KDN rupanya ikut ‘playmaker’ JDT berkelana ke Vietnam

SEJAK kira-kira tiga minggu lalu, Kelantan Darul Naim (KDN) FC sudah kian tempang apabila satu demi satu pemain import mereka meninggalkan pasukan berkenaan tanpa sebarang perkhabaran.

Ia dimulakan dengan penghijrahan Aung Kaung Man ke kelab divisyen kedua Thailand, Phrae United sebelum Valdumar dan Oday Kharoub ke liga Libya dengan ketiga-tiganya tidak diumumkan pihak pengurusan kelab.

Kehilangan kesemua pemain import terbabit sudah tentu akan meranapkan musim pasukan Lembah Klang itu yang berada di kedudukan tercorot Liga Super selepas hanya merekodkan tujuh mata daripada 17 perlawanan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh