MENGHITUNG hari kelahiran cahaya mata sulung, pelakon Datin Atikah Suhaime dan suami bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi khabar gembira itu semasa menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Datuk Lokman Teh pada malam Selasa.
“Makan malam ulang tahun perkahwinan dan pendedahan jantina. Pastikan anda menunggu sehingga akhir untuk mengetahui jantina anak,” katanya di ruang kapsyen TikTok.

Atikah gembira sambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suami.





