KISAH seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dengan masalah mental dibelasah beberapa individu mengundang simpati penyanyi Zynakal.
Zyn atau Muhammad Raziq Rosli, 26, berkata, jika diberi peluang dia mahu berjumpa dengan mangsa berusia 47 tahun itu untuk memberikan kata-kata semangat.
Dalam hal ini, Zyn juga berpendapat masih ada masyarakat yang tidak memahami situasi yang dilalui individu berdepan masalah mental kerana keadaan fizikal mereka kelihatan sempurna.

Tangkap layar menunjukkan kejadian ketika mangsa dipukul orang awam.






