Sukan

Bukan aksi ‘mudah makan’, Kedah perlu awasi gandingan 3 serangkai Sang Saka Biru bantu mara Piala Cabaran MFL

KEDAH Darul Aman (KDA) FC tidak dinafikan masih mengalami masalah kewangan namun ia bukan halangan besar untuk pasukan Hijau Kuning menyajikan perlawanan terbaik buat penyokong setia mereka.

Misalnya, skuad Hijau Kuning berhasil meraih tiga mata menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC meskipun baru saja kehilangan tiga pemain utama iaitu Sukhrob Nurulloev, Jose Cleylton dan Faiz Nasir.

Momentum kemenangan itu diharap dapat dibawa dalam perlawanan penting menentang PDRM FC bagi aksi separuh akhir pertama bagi merebut tiket ke final Piala Cabaran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) 2024/25 di Stadium Selayang, Selangor pada Sabtu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.