PASUKAN gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin dianggap sebagai skuad pilihan menjelang pertemuan menentang Terengganu FC (TFC) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu pada Jumaat ini.
Menang tanpa merekodkan sebarang kekalahan mahupun seri sejak pusingan 16 bermula dan gelaran juara bertahan menjadi kelebihan buat skuad Harimau Selatan dipilih sebagai pasukan yang akan layak ke pusingan seterusnya.
Berbeza dengan pasukan Pantai Timur berkenaan apabila Sang Penyu pernah merekodkan satu keputusan seri ketika perlawanan kedua pusingan 16 bertemu pasukan Liga A1 Semi Pro, Melaka FC pada 29 November lepas.






