KEM Terengganu FC menerima khabar kurang gembira apabila difahamkan mesin gol Sang Penyu, Ivan Mamut tidak akan diturunkan aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Perkara tersebut disahkan oleh pengendali TFC, Badrul Afzan Razali yang enggan mengambil risiko menurunkan penyerang kelahiran Croatia itu untuk aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu Jumaat ini.
Meskipun gembira melihat penyerang berusia 27 tahun itu semakin pulih, Badrul tidak akan mengambil risiko menurunkan tonggak utama Sang Penyu itu.





