Sukan

Bermula langkah kiri, Cleylton dibuang padang tak sampai 20 minit aksi debut di Indonesia

KEMELUT kewangan kronik dialami Kedah Darul Aman (KDA) FC menyaksikan beberapa pemain meninggalkan pasukan tersebut demi memastikan ‘periuk nasi’ masing-masing terjamin.

Ini termasuk bek tengah dari Brazil, Cleylton da Silva yang boleh dikatakan sebagai import terbaik skuad Sang Kenari, baik dari segi pertahanan mahupun serangan.

Lihat sahajalah rekodnya di hadapan pintu gol sepanjang beraksi dalam Liga Super. Empat gol dan satu bantuan jaringan yang dicetak dalam 15 penampilan merupakan pulangan lebih baik berbanding dua penyerang utama, Ebenezer Assifuah dan Milos Gordic.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.