Sukan

Casemiro setuju tinggalkan Man United, terima tawaran menarik dari kelab Cristiano Ronaldo

PEMAIN tengah Manchester United, Casemiro dilaporkan bersedia meninggalkan Old Trafford dan berpindah ke Al-Nassr pada jendela perpindahan bulan ini selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama di bawah pengurusan Ruben Amorim.

The Red Devils yang kini bergelut dengan kekangan bajet perpindahan terpaksa bergantung kepada hasil penjualan pemain untuk membiayai pembelian baharu dan kemungkinan terbuka menerima tawaran buat semua pemain termasuk Casemiro.

Bintang veteran berusia 32 tahun itu semakin tersisih daripada skuad utama selepas Amorim memberi keutamaan kepada pemain muda seperti Kobbie Mainoo di posisi tengah kerana Casemiro dikatakan gagal memenuhi intensiti permainan yang dimahukan Amorim.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.