KEPETAHAN anak usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra bertutur dalam bahasa Inggeris nampaknya mengundang perasaan kurang senang segelintir masyarakat.
Ada menuduh remaja berusia 15 tahun itu sebagai berlagak bertutur dengan slanga seperti ‘mat salih’ sehingga timbul perasaan meluat.
Susulan itu ramai meminta Qadejah mengutamakan bahasa kebangsaan kerana bimbang remaja itu hilang jati diri sebagai seorang Melayu.