SUDAH jarang berkongsi tentang tahap kesihatannya, penyanyi Elyana menganggap ia langkah terbaik bagi mengelak salah faham dalam kalangan pengikut media sosial.
Bagi Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 38, tidak semua orang akan memahami apa dilalui sebagai seorang yang pernah menghidap kanser sepertinya.
“Sebelum ini saya mahu berkongsi dan perlukan semangat daripada orang lain cuma mungkin ketika itu terlalu banyak berkongsi.

Elyana masih terus jalani rawatan kimoterapi.






