JOHOR Darul Ta’zim (JDT) akan terus membuat pelaburan bagi memperkuatkan pasukan dalam merealisasikan harapan melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.
Ini kerana baru-baru ini, skuad Harimau Selatan dikaitkan dengan pemain dari Paraguay, Oscar Romero yang tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kali terakhir mewakili kelab Brazil, Botafogo.
Khabar angin tersebut mula kedengaran selepas wartawan dari Amerika Selatan, Bruno Pont melaporkan JDT sedia menawarkan kontrak lumayan buat pemain berusia 32 tahun itu.






