TONGGAK skuad kebangsaan, Stuart Wilkin rupanya pernah menjadi pemain sayap dan penyerang kedua semasa tahun awalnya bermain secara profesional bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada 2021.
Namun, posisinya itu berubah apabila dia menyertai Sabah pada 2022 apabila bekas jurulatih Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee memintanya bermain sebagai pemain tengah box-to-box atau lebih dikenali sebagai ‘pemain nombor 8’.
Stuart mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri tetapi lama kelamaan dia telah menjadikan dirinya sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam liga dan menjadi aset untuk pasukan kebangsaan.