PERPINDAHAN pemain muda negara, Muhammad Abu Khalil ke kelab Jepun, FC Osaka secara pinjaman membuka lembaran baharu kepada ‘ubi muda’ yang berminat untuk melebarkan sayap karier mereka ke negara Matahari Terbit itu pada masa depan.
Namun, selepas hanya enam bulan dan tiada penampilan dalam skuad utama, prospek berusia 19 tahun itu kembali ke pangkuan majikan asalnya, Selangor FC selepas satu kenyataan dikeluarkan.
“Kami ingin memaklumkan bahawa Muhammad Khalil, yang menyertai secara pinjaman dari kelab Liga Super Malaysia, Selangor FC akan meninggalkan FC Osaka pada penghujung musim ini kerana tamat tempoh perpindahan,” tulisnya.