AKRAM Mahinan disebut-sebut sebagai pemain yang dinanti-nantikan di bahagian tengah Terengganu FC (TFC) apabila menyertai Sang Penyu pada awal tahun ini dari Kuala Lumpur (KL) City FC.
Namun pemain tengah pertahanan berusia 31 tahun itu mendapati dirinya sukar untuk menembusi kesebelasan utama di bawah jurulatih Tomislav Steinbruckner, yang lebih suka menurunkan tonggak Croatia, Marin Pilj di posisi berkenaan.
Selepas Steinbruckner meninggalkan TFC pada Oktober, Badrul Afzan Razali mengambil alih tampuk kejurulatihan pasukan dan memutuskan untuk menjadikan Akram sebagai tonggak utamanya.