USAHAWAN kosmetik Eriyca Baiduri berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian hampir RM40,000 selepas barang kemas miliknya hilang ketika bercuti di China minggu lalu.
Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, berkata dia meninggalkan barang kemas jenama Cartier itu di dalam bilik hotelnya selepas tidak selesa memakainya.
Cerita Madammu, kali terakhir dia meletakkan barang berkenaan di dalam beg peralatan mandi dan tidak memakainya kembali.

Madammu bersama suami dan anak bongsu ketika di China.






