HASIL ujian pengimejan resonans magnet (MRI) mendapati tiada sebarang kecederaan patah tulang pada bahagian leher pelakon Adam Lee.
Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu, Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee, 30, memberitahu dia hanya mengalami kecederaan Annular Tear dan Trapezius Spasm.
Bersyukur kerana kecederaan itu tidaklah seteruk dijangka, Adam turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Adam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.





