Sukan

[VIDEO] Kalau terlepas khidmat Forestieri, 3 bekas bintang JDT boleh jadi buruan Bojan Hodak

NAMA bekas penyerang sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri menjadi perbincangan di Indonesia selepas dia dikhabarkan akan mewarnai saingan Liga 1 Indonesia menjelang jendela perpindahan pada Januari nanti.

Bermula dengan khabar angin akan menguatkan barisan hadapan Persis Solo hingga diinginkan oleh penyokong Persib Bandung, ia bukti Forestieri kekal relevan walaupun sudah hampir tiga bulan sepi dari dunia bola sepak.

Antara Persis Solo dan Persib Bandung, petunjuk semasa menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee lebih terarah kepada Forestieri apabila sebelum ini bekas pengendali Sabah itu sudah memberi petunjuk mengenai import baharu mereka.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%