PENYANYI Black Hanifah mendedahkan pernah berdepan situasi peminat wanita cuba melakukan tindakan di luar kawalan meskipun mengetahui dirinya sudah mempunyai isteri.
Cerita Black atau Black Hanifah Muhammad, 37, wanita tersebut dengan berani merangkul pinggangnya ketika bergambar sehingga mengundang rasa kurang senang isteri iaitu Cira Khairy.
“Walaupun saya suami orang tetapi peminat tak kisah, isteri saya susah nak terima apabila ada yang ambil gambar sampai peluk saya.

Black berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast Confession Bilik Gelap.






