PELAKON Puteri Sarah meluahkan rasa terkilan apabila terdapat segelintir individu cuba mengambil kesempatan terhadap sikap baiknya.
Kata Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada awalnya dia ingin memberikan kasut dan pakaian terpakai anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam, dan Sumayyah secara percuma kepada mereka yang memerlukan, namun sikap segelintir individu suka meminta-minta membuatkan dirinya tidak selesa.

Sarah kongsi pelbagai gelagat yang diterimanya.
“Masa saya nak beri kasut untuk lima dan enam tahun. Selepas itu ada orang ini dia sudah dapat kasut itu tapi dia cakap dia ada anak umur 28 tahun. Dia tanya saya ada tak nak beri pada anak umur 28 tahun.






