PENCAPAIAN melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2024/25 sememangnya sesuatu yang diraikan penyokong Terengganu FC dalam misi mereka menamatkan penantian menjulang kejuaraan.
Bagaimanapun, perasaan itu hanya berkekalan sementara kerana skuad Sang Penyu akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang seakan-akan mustahil untuk disingkirkan.
Berdasarkan rekod mereka di peringkat domestik, kelab Selatan tanah air berkenaan hanya gagal merekodkan kemenangan dalam satu perlawanan, iaitu ketika aksi Liga Super berdepan PDRM FC di tempat lawan.