ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie kesal apabila mendapati ada pelanggan menipu ketika membeli produk jualannya dengan menghantar resit bayaran palsu.
Cerita Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, pembeli berkenaan memberitahu sudah membuat pemindahan wang, namun bayaran itu tidak masuk ke dalam akaunnya.
Lebih parah, ada yang menunjukkan resit bayaran yang sama dengan menggunakan dua akaun Instagram (IG) berbeza semata-mata untuk memperdayakan dirinya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa.





