HASRAT penyanyi Yazid Lovehunters untuk merebut gelaran juara Gegar Vaganza 11 (GV11) tidak kesampaian apabila diumumkan tersingkir pada minggu kelima program tersebut.
Yazid yang menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih duet bersama Ruhil Amani gagal menarik perhatian juri sehingga mendapat kedudukan tercorot.
Yazid secara ringkas hanya mengucapkan terima kasih kepada semua sebelum melangkah pergi.

Yazid dan Ruhil menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih.





