Sukan

Legenda boling, pemenang pingat Sukan Asia 1986 Allan Lee meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat sakit tua

LEGENDA boling negara, Allan Lee meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat sakit tua, Khamis lalu.

Dia yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1986 di Seoul, Korea Selatan akan sentiasa dikenang kerana memainkan peranan penting dalam memastikan gelaran itu berada dalam genggaman negara.

Allan juga merupakan nama besar dalam arena boling Asia Tenggara apabila dia memenangi lima pingat emas Sukan SEA buat Malaysia semasa edisi 1975, 1983, 1985, 1989 dan 1993.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.