SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat pastinya akan teruja dan tersenyum mendengar berita gembira kehadiran bintang rancangan hiburan popular Korea Selatan, Running Man ke Malaysia pada 15 Februari tahun depan.
Menerusi konsert jelajah Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur, kehadiran enam anggota tetap program berkenaan bakal menggamatkan pentas Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Kuala Lumpur.
Antara yang bakal membuat kemunculan adalah Ji Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan.

Anggota Running Man teruja untuk menghiburkan peminat di Malaysia.





