“SEJAK coach Kino (Kastuhito Kinoshi) masuk, prestasi Quentin Cheng semakin menjadi-jadi.”
Itulah antara komen positif penyokong Selangor FC selepas kagum melihat persembahan Quentin ketika membantu Kinoshi mencatatkan kemenangan keempat sejak dilantik pada akhir November lalu.
Pemain kelahiran Australia itu beraksi selama 90 minit dan menjaringkan gol menerusi larian solo sebelum dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin selepas Zikri Khalili didakwa mengasari pihak lawan.