SELEPAS sebulan mendirikan rumah tangga, suami Ina Naim iaitu Mohd Khairul berkongsi taktik yang dilakukan bagi memikat hati isterinya itu.
Pada awal perkenalan mereka, Khairul atau nama sebenarnya Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, berkata Ina memintanya mengajar anak-anak, namun dia meletakkan bayaran tinggi sesuai pengalaman sebagai pendidik selama 14 tahun.
Pun begitu, dia memberikan pilihan kepada Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, untuk menjadi isteri sekiranya tidak mahu dikenakan bayaran.

Ina dan suami aktif berniaga sejak berkahwin.






