Sukan

Lepas Rashford, rekrut Ten Hag pula disebut-sebut akan tinggalkan Man United

PENYERANG sayap, Marcus Rashford bukanlah satu-satunya pemain utama Manchester United dikhabarkan akan disingkirkan dari Old Trafford selepas laporan menyatakan bahawa Ruben Amorim juga mahu membuat perkara sama kepada Andre Onana.

Malah, difahamkan pengendali kelahiran Portugal berkenaan juga sudah mengenal pasti seorang bintang Ligue 1 iaitu penjaga gol Nice, Marcin Bulka sebagai pengganti kepada Onana.

The Red Devils baru-baru ini merekodkan kemenangan 2-1 dalam perlawanan derbi Manchester pada Ahad lalu apabila sepakan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-88 dan kemenangan cantik Amad Diallo dua minit kemudian memberi mereka tiga mata.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.