KISAH pilu dikongsikan Manchester City selepas laporan mengatakan salah seorang penyokong yang hadir ke Stadium Etihad untuk menyaksikan aksi berdepan Manchester United pada Isnin meninggal dunia.
Perkara itu disahkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan yang memberi salam takziah kepada kenalan dan keluarga mangsa atas berita memilukan tersebut.
“Kelab ini menerima berita bahawa salah seorang penyokong Manchester City menghembuskan nafas terakhir selepas tercetusnya satu tindakan kecemasan pihak perubatan ketika perlawanan,” tulisnya.