Hiburan

Gelagat Janna Nick dan Mas Idayu paling dirindui penonton ‘Famili Duo’, harap kekal untuk musim akan datang

GELAGAT pengacara program nyanyian Famili Duo musim keempat (FD4) Janna Nick dan juri tetap iaitu Mas Idayu pastinya akan dikenang oleh penonton setia rancangan berkenaan.

Telatah bersahaja dua selebriti itu akan dirindui penonton yang terhibur melihat mereka sering usik mengusik dan bertikam lidah sepanjang program berkenaan bersiaran.

Malah, menerusi hantaran terbaharu di muat naik oleh Janna di Instagram, pengacara berusia 29 tahun itu dilihat masih sempat mengusik Mas Idayu yang dikenali seorang juri yang tegas sepanjang menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Untitled design (8)

Janna berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam FD4.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh