BEKAS petinju terkenal ditahan bersama sekumpulan rakannya atas dakwaan menculik dan menyerang seorang lelaki.
Petinju Thailand dikenali sebagai Pariya itu didakwa menembak mangsa di wilayah Prachuap Khiri gara-gara pertikaian mengenai teman wanita salah seorang rakannya.
Pariya, 23, bersama kumpulan tersebut juga didakwa menculik mangsa yang juga pesaingnya dengan menaiki sebuah kereta untuk dibawa ke Bangkok.