SINAR baharu menanti bola sepak Kelantan apabila sebuah kelab baharu akan tampil memeriahkan kancah bola sepak Malaysia.
Kelantan Red Warrior FC (KRW) akan dilancarkan pada 21 Disember ini dengan usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di Pantai Timur.
Pada Ahad, pengurusan KRW mengumumkan kelab tersebut akan dilancarkan dengan mengenakan tema “dari penyokong untuk penyokong.”