DI SEBALIK kesedihan berdepan keguguran, pelakon Amyra Rosli berlapang dada menerima ujian tersebut kerana sedar dirinya masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga.
Dedah Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 33, banyak perkara menjadi kebimbangannya sejak peringkat awal kehamilan terutamanya tanggungjawab menjayakan aksi lasak menerusi telefilem terbaharu berjudul Larian Terakhir.
Jelasnya, dia tidak dapat mengelak kerana sudah pun bersetuju untuk terlibat dalam naskhah tersebut sebelum mengetahui mengenai kehamilannya lagi.







