Sukan

‘Tanpa Lucho, Perak ibarat main liga estet’, fans TBG berang misi #wajibmenang gagal

PASUKAN tuan rumah, Perak FC terpaksa menelan kepahitan tewas di halaman sendiri selepas Sri Pahang FC menamatkan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2024 dengan keputusan 0-1 hasil jaringan Kpah Sherman.

Aksi yang berlangsung di Stadium Manjung, Perak itu menyaksikan Perak sedikit tempang apabila kelibat pemain import, Luciano Guaycochea tiada dalam kesebelasan utama pasukan.

Namun begitu, skuad kendalian Yusri Che Lah masih mempunyai harapan untuk bangkit dalam aksi suku akhir kedua selepas hanya ketinggalan dengan satu jaringan sahaja di Stadium Temerloh, Pahang pada 22 Disember nanti.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.