Sukan

Tang Jie-Ee Wei tinggal selangkah raih gelaran Jelajah Dunia Akhir, beregu campuran pertama negara berjaya ke final

PASANGAN jaguh badminton negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah apabila menjadi pasangan beregu campuran Malaysia pertama mara ke final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF.

Tang Jie-Ee Wei bermain cemerlang untuk menewaskan rakan senegara yang juga pemain ke-10 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit di Hangzhou, China pada Sabtu.

Ia merupakan kemenangan kedua beregu nombor lapan dunia itu ke atas gandingan suami isteri berkenaan dalam kejohanan itu selepas turut muncul di kedudukan teratas dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.