PELAKON Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal apabila menerima layanan buruk daripada sebuah jenama pakaian apabila dia meminta tajaan untuk drama terbaharu lakonannya.
Berkongsi perkara tersebut, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Syed Sahlan, 24, menganggap individu yang dihubungi itu bersikap biadab kerana membalas pesanan Whatsapp dengan cara agak kasar.
“Saya tidak pernah melihat orang yang bekerja dalam bidang khidmat pelanggan (customer service) yang kurang ajar begini. Tahap dia macam minta penampar.

Tangkap layar yang dikongsi Haneesya di Instagram.






